Panggilan telefon pada pukul 10.56 pm, 16 Oktober 2006 akan kekal dalam ingatan saya sehingga ke akhir hayat. Panggilan yang sentiasa segar di ingatan. Walaupun berita yang didengar bukanlah seperti yang diharapkan. Pulangnya sahabat sebilik saya ke Rahmatullah. Seperti baru semalam peristiwa bersejarah dilalui iaitu apabila kami sama-sama mendaftar di UKM pada 4 Julai 2006. Perasaan gembira pada hari pendaftaran masih dirasakan. Namun, semuanya tinggal kenangan. Lawatan saya bersama-sama dengan Choon Pei dan Ai Lee pada tengahari hari yang sama di Hospital Kajang tidak memberi sebarang tanda yang gadis comel ini akan pergi buat selama-lamanya. Sekarang, saya mesti redha dengan ketentuan Ilahi. Saya harus mengharungi kehidupan di UKM tanpa sahabat yang bernama Rohani Rashid. Saya harus tabah dan kuat menghadapi hidup ini. Menjadi peneman kepada Rohani semasa di Taman Negara akan sentiasa menjadi kenangan yang paling manis dalam hidup saya. Semoga Allah s.w.t akan mencucuri rohnya.
Dilleniamania
Tuesday, October 17, 2006
Perginya seorang sahabat..
Saturday, October 14, 2006
Projek di Kuala Lompat (2006-2007)
Bermula pada tahun ini sehingga tahun depan, saya akan menjalankan penyelidikan berkenaan dengan Dilleniaceae. Kawasan kajian hanya bertumpu di Kawasan Rezab Hidupan Liar Krau iaitu di Kuala Lompat. Dibawah seliaan Dr. Wan Juliana Wan Ahmad dan dibantu oleh En. Sani. Kajian adalh berkenaan taksonomi dan ekologi Dilleniaceae. Menurut kajian yang pernah dilakukan di dalam rezab ini, hanya terdapat tujuh spesies Dillenia di kawasan ini. Saya berharap, kesemua spesies yang dicatat akan saya temui sepanjang tempoh persampelan dijalankan. Ucapan terima kasih didahului kepada Jabatan PERHILITAN kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian di kawasan mereka. Terima kasih juga kepada para pegawai di Bukit Rengit yang banyak menghulurkan bantuan terutama En. Saat B Yaakob dan En Ahmad Zaide B Md Zain.
Projek Tok Bali (2005-2006)
Bermula pertengahan tahun 2005 sehingga bulan Disember 2005, projek tahun akhir saya berkenaan Hutan Paya Bakau Campuran dijalankan di Tok Bali, Kelantan. Projek ini dilakukan di bawah seliaan Encik Kasawani Ibrahim, selaku penyelia projek tahun akhir saya. Seramai enam orang pelajar yang telah menjalankan projek di sana dalam bidang komposisi hutan. Semasa di sana, 21 buah plot telah dibina bagi mengetahui komposisi hutan di sana. Hasil daripada projek tersebut, saya lebih mengenali ekosistem paya bakau dan berpaluang mengenali spesies yang tumbuh di paya bakau.
Bermula pertengahan tahun 2005 sehingga bulan Disember 2005, projek tahun akhir saya berkenaan Hutan Paya Bakau Campuran dijalankan di Tok Bali, Kelantan. Projek ini dilakukan di bawah seliaan Encik Kasawani Ibrahim, selaku penyelia projek tahun akhir saya. Seramai enam orang pelajar yang telah menjalankan projek di sana dalam bidang komposisi hutan. Semasa di sana, 21 buah plot telah dibina bagi mengetahui komposisi hutan di sana. Hasil daripada projek tersebut, saya lebih mengenali ekosistem paya bakau dan berpaluang mengenali spesies yang tumbuh di paya bakau.Gambar kumpulan yang menjalankan kajian di kawasan hutan paya bakau.
Wednesday, October 11, 2006

Biodata
Dilahirkan pada 12 Nov 1984 di Hospital Mentakab, Pahang. Ibu dan bapa saya bekerja di tempat yang sama iaitu di pejabat FELDA. Disebabkan ibu dan bapa saya bekerja dengan FELDA, sepanjang tempoh saya membesar, saya sering berpindah tempat tinggal kerana mengikut ibu dan bapa saya. Mempunyai enam orang adik-beradik. Dua orang lelaki dan empat orang perempuan. Saya merupakan anak keempat. Sekarang saya mempunyai tiga orang anak saudara. Semasa sekolah menengah, saya bersekolah di Sek. Men. Keb. Abu Bakar Temerloh. Kemudian, mendapat tawaran di Kolej IKIP untuk program Matrikulasi Sains Hayat. Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dalam bidang Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti). Sekarang, saya sedang bekerja keras untuk mendapatkan sarjana dalam bidang Sistematik Tumbuhan di bawah penyelas program Prof. Madya. Dr. Kamaruddin Mat Salleh.
